10 November 2012

Faedah buah-buahan tempatan


Buah-buahan tempatan
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan. Antara contoh buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, manggis, durian, pisang, betik, langsat, mata kucing dan sebagainya. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Antara contoh buah-buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan sebagainya. Manakala, buah-buahan bermusim pula seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis, rambai dan sebagainya.


Buah-buahan import
Terdapat banyak faedah yang boleh kita perolehi dengan memakan buah-buahan tempatan. Disamping rasanya yang enak, buah-buahan tempatan juga kaya dengan pelbagai khasiat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam buah-buahan tempatan sangat berguna untuk pertumbuhan fizikal dan tisu-tisu dalam badan.

Selain itu, harganya yang murah berbanding dengan buah-buahan import seperti anggur, epal dan strawberi dapat membantu kita menjimatkan wang. Buah-buahan tempatan juga mudah didapati di mana-mana sahaja, baik di gerai-gerai tepi jalan, pasar tani mahupun pasaraya. Secara tidak langsung hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara kerana kurang membeli buah-buahan yang diimport.

Memandangkan banyak faedah yang boleh diperolehi daripada buah-buahan tempatan, maka adalah wajar bagi kita menyambut seruan kerajaan iaitu ‘Makanlah buah-buahan tempatan’. Sambutlah kempen ini dengan rela hati demi meningkatkan kesihatan dan kemajuan ekonomi negara kita.

17 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih .Saya akan cuba menambahkan lagi isi isi yang lain pula.

      Delete
  2. Cikgu, banyaknya gambar buah.Bolehlah saya print untuk buku skrap saya.Drpd Nuha.

    ReplyDelete
  3. Bagus, boleh ajak kawan-kawan lain untuk buat buku skrap.


    ReplyDelete
  4. Cikgu itu buah epalkan?Kenapa bentuknya lain?
    Drpd :Adam Danish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul......Ini semua kejadian Tuhan.

      Delete
    2. betulah itu

      Delete
  5. wou...menarik sungguh blog cikgu. Rasa nak makan je buah-buahan tu. Nampak sedap sangat....pandai cikgu cari buah-buahan yan menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi memberi komen.

      Delete
  6. sememangnya buah-buahan tempatan banyak khasiat untuk kesihatan..apakata cikgu tambahkan lagi perincian setiap buah tersebut dari aspek kesihatan kerana saya yakin ianya akan mendorong orang yang membaca blog cikgu ini,tidak ragu2 untuk makan buah tempatan untuk menjaga kesihatan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah....Saya akan cuba .Kerajaan juga menggalakkan kita makan buah-buahan tempatan...

      Delete
  7. cikgu latifah....saya suka!saya suka!suka3...... nant cikgu cubela blog yang lain pulak....:)sayur-sayuran ke.....jenis2 tumbuhan ker....ape2pun terbaeeekkkkkkkkkkkkkkk!

    ReplyDelete
  8. salam, saya tertarik dengan isi karangan tersebut.thanks.

    ReplyDelete
  9. salam, saya tertarik dengan isi karangan tersebut.thanks.

    ReplyDelete
  10. harap cikgu boleh buat karangan utk spm pulak utk bahagian rangsangan :)

    ReplyDelete
  11. banyaknya buah cikgu rasa lapar plak .

    ReplyDelete
  12. Cikgu kamu suka makan apa buah buahan tempatan ?

    ReplyDelete