10 November 2012

Pantun buah-buahan

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan







Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati 



Buah pauh delima batu
Anak semilang ditapak tangan
Walau jauh beribu batu
Hilang dimata dihati jangan

3 comments:

  1. memang pantun melayu sudah sinonim dgn buah-buahan tempatan..Cikgu, buah pauh tu buah mangga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut kamus dewan buah mangga = buah mempelam.Kalau orang Kelantan sebut buah pauh kan??

      Delete
  2. Saya sukakan ini. Harap ianya membantu menambah koleksi pantun sedia ada.

    ReplyDelete